DUA
6022
KOMUNIKASI
DAN PENYIARAN ISLAM
SESI
JUN 2017
PENGGUNAAN
BAHASA ROJAK DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA DAN PERANAN PELAJAR DALAM
MEMARTABATKAN KEMBALI BAHASA MALAYSIA YANG BETUL
NAMA
PENSYARAH
PUAN
RINA FAKHIZAN BINTI MOHD SUKRI
NAMA PELAJAR
EMY
NAJIHA BINTI HAMIDUN (02DEC15F1007)
NURUL
FATIN BINTI AZMAN (02DEC15F1023)
ELIA
SYUHAILA BINTI ISMAIL (02DEC15F1027)
SYAFIQA
BINTI SUHAIMI (02DEC15F1033)
KELAS
DEC5A
PENDAHULUAN
Sebagaimana popularnya
rojak sebagai makanan kegemaran ramai, tampaknya begitulah jua popularnya
‘bahasa rojak’ dalam tempoh beberapa bulan akhir-akhir ini.Isu tersebut menjadi
salah satu isu bahasa yang hangat diperkatakan dalam media dan dalam pelbagai
wacana seperti forum dan seminar, selain isu nasib bahasa Melayu yang
kelihatannya masih bagai telur di hujung tanduk apabila dipinggirkan atau tidak
diberi keutamaan pada tempatnya yang hak dan wajar, seperti dalam sesetengah
majlis dan acara rasmi dalam negara, pada iklan dan papan tanda perniagaan,
pada nama jalan, taman perumahan dan bangunan dan sebagainya.
Pada pendapat sesetengah
orang, fenomena bahasa rojak atau bahasa yang bercampur-aduk itu tidak lebih
daripada fesyen semasa yang tidak patut mencemaskan. Orang yang menilai bahasa
sebagai fenomena sosial semata-mata menganggapnya sebagai realiti dan juga
perkembangan yang biasa. Malah tidak kurang pula yang keliru dan mengatakan
bahawa sejak beratus-ratus tahun dahulu bahasa Melayu sudah menerima kata dan
istilah daripada bahasa asing dan oleh itu tidak relevan hal itu dijadikan isu.
DEFINISI
BAHASA ROJAK
Bahasa
Rojak ialah suatu jenis percakapan
di Malaysia yang menakrifkan amalan beralih kod (mencampurkan pelbagai bahasa dalam
satu pertuturan) yang serupa dengan pijin, Manglish dan Singlish.
Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa
Melayu. Kini Bahasa Rojak semakin menular dalam kalangan generasi muda. Bahasa
rojak digunakan secara meluas terutamanya dalam kalangan remaja bandar di
Malaysia, sekaligus membimbangkan orang dewasa tentang penggunaan bahasa Melayu
yang betul..
Bahasa Rojak boleh dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila satu entrepot antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka dan pelabuhan ini menarik ramai pedagang yang secara
keseluruhannya bertutur lebih 80 bahasa daripada pelbagai bangsa dan budaya.
Pedagang dunia dan penduduk yang mengguna pakai pelbagai bahasa dalam satu
perbualan amat biasa berlaku.
PANDANGAN SEJAUH MANA BUDAYA BAHASA ROJAK DIGUNAKAN
SHAH ALAM- Penggunaan bahasa Melayu asli perlu
dititikberatkan kerana ia adalah jati diri rakyat Malaysia.
Felo Utama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, menggunakan bahasa Melayu yang jitu sangat penting kerana ia melambangkan identiti rakyat di negara ini.
“Tiada masalah sekiranya kita menggunakan bahasa rojak untuk aktiviti tidak formal. Namun, penggunaan perkataan bahasa Melayu perlu diutamakan sekiranya mereka berinteraksi dalam bahasa Melayu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
'Sekiranya ada pihak mengadakan majlis atau acara formal, penggunaan bahasa Melayu yang tepat adalah wajib, " katanya.
Felo Utama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, menggunakan bahasa Melayu yang jitu sangat penting kerana ia melambangkan identiti rakyat di negara ini.
“Tiada masalah sekiranya kita menggunakan bahasa rojak untuk aktiviti tidak formal. Namun, penggunaan perkataan bahasa Melayu perlu diutamakan sekiranya mereka berinteraksi dalam bahasa Melayu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
'Sekiranya ada pihak mengadakan majlis atau acara formal, penggunaan bahasa Melayu yang tepat adalah wajib, " katanya.
KUALA LUMPUR - Penggunaan bahasa rojak menerusi tajuk-tajuk
drama di stesen televisyen adalah tidak menyalahi undang-undang malah dilihat
bersesuaian dengan gaya hidup masyarakat hari ini.
Menteri Komunikasi dan Media, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
berkata, bagaimanapun, teguran Lembaga Penapisan Filem (LPF) terhadap isu itu
perlu diterima secara terbuka demi memelihara bahasa Melayu.
“Sudah tentu kita galakkan penggunaan bahasa yang betul tapi ada
kalanya dalam soal pembikinan drama atau filem, tajuk itu penting sebagai daya
tarikan kepada penonton.
“Dari segi undang-undangnya, tidak ada salah untuk berbuat
demikian. Kita perlu faham bidang yang melibatkan komersial seperti drama ini
perlukan tajuk-tajuk yang menarik,” katanya pada majlis Pelancaran RIM-PWC
Kajian Kesan Ekonomi Terhadap Industri Muzik Malaysia, hari ini.
Kelmarin, Pengerusi LPF, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid menegur
stesen televisyen dan penerbit yang membenarkan penggunaan bahasa rojak pada
tajuk cerita yang disiarkan untuk tontonan umum.
Artikel
Penuh: http://www.sinarharian.com.my/nasional/isu-bahasa-rojak-semua-pihak-perlu-terbuka-1.669607
KEBAIKKAN DAN KEBURUKKAN PENGUNAAN BAHASA ROJAK
Bahasa rojak
mempunyai pelbagai kebaikan. Antaranya adalah:
Penggunaan bahasa rojak mendatangkan kemudahan
bagi masyarakat yang menuturnya . Bagi masyarakat majmuk seperti masyarakat di
negara kita , penggunaan bahasa rojak dikatakan relevan dengan penguasaan bahasa
mereka. Contohya , masyarakat Cina dan masyarakat India , mereka lebih selesa
menggunakan bahasa Melayu rojak yang dicampur dengan bahasa Inggeris berbanding
bahasa Melayu secara betul.
Kebiasaannya, bahasa rojak yang sering digunakan meliputi percampuran
bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. Hal ini menyebabkan penggunaan bahasa
rojak akan dianggap hebat dan mengikut perkembangan semasa jika dituturkan
dalam berkomunikasi.
Sesuai digunakan dalam proses untuk mempelajari sesuatu. Bahasa rojak
sering digunakan oleh masyarakat untuk memudahkan mereka memahami dan
mempelajari ilmu. Contohnya, ketika waktu pembelajaran guru juga menggunakan
bahasa rojak untuk memastikan pelajar memahami perkara yang diajar.
Penggunaan bahasa rojak juga membolehkan kita mengetahui perkataan dalam
pelbagai bahasa. Contohnya, kita dapat mengetahui pelbagai perkataan Inggeris
yang hebat-hebat bunyinya.
Bahasa rojak juga tidak mempengaruhi kemerosotan akademik pelajar.
Biarpun bahasa rojak dalam masyarakat melayu dikatakan begitu ketara tetapi
dari segi tulisan ia masih ditahap yang membanggakan, bukan sahaja kepada orang
melayu bahkan kepada kaum lain seperti kaum cina dan india.
Bahasa
rojak melambangkan identiti masyarakat Malaysia. Hal ini kerana masyarakat
Malaysia juga akan menggunakan bahasa rojak walau di mana mereka berada dan
seterusnya memudahkan identiti masyarakat Malaysia dikenalpasti.
Selain itu,Bahasa rojak sememangnya meninggalkan
keburukkan yang semakin ketara. Antara keburukkan penggunaan bahasa rojak
ialah Negara memiliki bangsa yang gagal berkomunikasi dengan
baik. Menurunkan kedudukan bahasa Melayu. Menjejaskan keberkesanan komunikasi
dalam masyarakat sekaligus menimbulkan salah faham. Mutu penguasaan bahasa
Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan memberi kesan
kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya.
Pembelajaran dalam bahasa Melayu di sekolah terjejas sehingga
mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang.Penghayatan terhadap
bahasa Melayu semakin berkurang.
CARA MENGATASI BAHASA ROJAK
1)Pendidikan
Semua pihak perlu menjadikan pendidikan
sebagai wadah untuk membina sahsiah generasi kita, termasuk dalam soal
penggunaan bahasa dan kecintaan kepada bahasa warisan bangsa, sekalipun kita
tetap perlu mempelajari dan menguasai bahasa asing. Di sekolah dan di institusi
pendidikan yang lain, penekanan perlu diberikan kepada penguasaan bahasa Melayu
yang baku dan ragam bahasa rasmi, di samping penguasaan pelbagai ragam lain
untuk keperluan dalam kehidupan. Pelajar mesti diberi kekuatan menggunakan
bahasa yang baik, teratur dan berkesan.
Anggapan bahawa bahasa Melayu itu begitu
mudah hingga tidak perlu dipelajari secara serius harus dikikis dalam kalangan
pelajar. Guru pula patut dapat menjadi contoh yang baik dalam hal penggunaan
bahasa yang teratur. Di maktab dan di universiti pun penguasaan bahasa yang
baik perlu terus diberi penekanan.
2)Penguatkuasaan
pihak berwajib
Pihak berwajib untuk memastikan bahawa bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunaannya pada papan iklan,
papan perniagaan, nama tempat, jalan, bangunan dan sebagainya. Bahasa Melayu
hendaklah ditegaskan penggunaannya dalam surat rasmi, mesyuarat, ucapan,
taklimat dan sebagainya. Majlis rasmi di peringkat kebangsaan perlu
dilangsungkan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi negara. Jika ada keperluan menggunakan bahasa asing atas sebab
tertentu yang munasabah, maka bahasa Melayu mestilah diutamakan, baik dalam
pengacaraan majlis, dalam ucapan dan juga pada latar pentas dan sekitaran
majlis.
3)Dewan
bahasa dan pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyerahkan
draf Garis Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Urusan dan Majlis Rasmi
kepada Menteri Pelajaran dan diharapkan agar garis panduan itu dapat diluluskan
oleh Jemaah Menteri sebagai panduan penggunaan bahasa yang baik, sama ada
daripada sudut pengutamaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi mahupun daripada sudut mutu bahasa yang digunakan.
Mutu bahasa yang digunakan dalam semua bidang
pentadbiran hendaklah dikawal dengan tegas. Dalam penguatkuasaan penggunaan
bahasa Melayu, badan atau agensi yang diberi amanah perlu tegas. Sebagai
contoh, Undang-undang Kecil Pengiklanan di Tempat Awam mensyaratkan
pengutamaaan bahasa Melayu dan bahasa Melayu yang digunakan mestilah yang
betul, malah disyaratkan supaya mendapat pengesahan DBP lebih dahulu.
4)Bidang penyiaran
Bidang penyiaran pula, Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia telah bertanggungjawab
memastikan garis panduan yang mensyaratkan 60% siaran mestilah dalam bahasa
Melayu dipenuhi oleh stesen radio dan televisyen swasta dan di samping itu
mestilah dalam bahasa Melayu yang terkawal.DBP
juga telah menawarkan khidmat nasihat bahasa, memberikan kursus bahasa
terus-menerus, mengirimkan surat teguran dan juga memberikan anugerah.
KESIMPULAN
Pelbagai usaha harus dilakukan untuk memartabatkan bahasa
Melayu.Oleh itu bahasa melayu perlu dijadikan agenda utama yang dilaksanakan
secara berterusan supaya bahasa Melayu benar-benar menjadi jiwa bangsa
sekaligus mengikis perasaan mengagung-agungkan bahasa lain terutamanya bahasa
Inggeris dalam kalangan masyarakat Malaysia.Keaslian bahasa Melayu perlu terus
dipelihara agar kekal menjadi wahana komunikasi utama di negara ini tanpa
dicampuradukkan dengan bahasa-bahasa lain.Bak kata pepatah "yang kurik itu
kendi, yang merah itu saga,yang baik itu budi, yang indah itu bahasa".
RUJUKAN
http://rojak16.blogspot.my/2010/08/kaedah-mengatasi-bahasa-rojak.html
LAMPIRAN
No comments:
Post a Comment